Feb 4, 2011

Frekuensi pemikiran besar

Frekuensi pemikiran besar

Oleh: Irfan Khairi

http://www.irfankhairi.com

Pastinya anda pernah dengar kata-kata pakar motivasi untuk berfikir besar- Think big! Sekiranya pendapatan anda kini adalah RM3,000, bayangkan anda mampu memperolehi RM30,000. Sekiranya pendapatan anda adalah RM5,000, bayangkan pendapatan boleh mencecah RM50,000! Boleh kah anda bayangkan?
Untuk kebanyakan antara kita ianya adalah amat sukar! Bukannya senang untuk think big  Mana taknya, bertahun-tahun kita dalam lingkungan pendapatan yang “lebih kurang sama” sahaja, masakan pula hendak berangan pendapatan kita boleh berganda 10. Hendak meyakinkan diri, satu cerita, inikan pula kalau kita kongsikan matlamat “think big” kita dengan kawan, sudah tentunya kita hanya akan kena perli mereka.
Biarkan saya berkongsikan satu rahsia dengan anda: Berfikir besar adalah titik permulaan segala yang hebat berlaku! Ianya adalah amat penting untuk berfikir besar. Mengapa pendapatan atau kejayaan seseorang itu tidak cemerlang sepertimana yang diinginkan? Pastinya kerana mereka tidak fikir besar.
Saya teringat satu rancangan TV menjemput saya sebgaai tetamu baru-baru ini untuk berbicara tentang potensi diri, dan dalam rancangan tersebut, terdapat selingan temubual diluar studio dengan orang ramai. Penemubual bertanyakan pada seorang lelaki yang berpakaian kemeja segak, bertali leher. Penemubual bertanya “Bolehkah anda menjadi Jutawan?”. Jawapan yang diberikan “Insyaallah, dengan usaha yang lebih, mungkin saya akan capai hasrat saya itu satu hari nanti”
Tak lama kemudian, orang lain pula ditemubual. Kali ini, seorang lelaki yang memakai T Shirt dan berseluar jeans (kelihatan agak selekeh). Soalan yang sama ditanya “Boleh kah anda menjadi Jutawan?”. Jawapannya pula…. “er… er… saya tak pernah terfikir pula. Mana la tahu, kalau saya menang pertandingan ke… mungkin boleh jadi jutawan… er… tapi, tak tau la…”
Lelaki pertama memberi jawapan yang berfikiran besar. Manakala lelaki kedua memberi jawapan yang agak kurang memuaskan- jadi jutawan dengan menang pertandingan??
Jawapan yang mereka berikan mencerminkan personaliti dan fikiran masing-masing. Lelaki pertama kelihatan daripada pakainannya seperti seorang yang berjaya- pastinya seorang yang berfikir besar yang telah dicerminkan daripada jawapannya.
Manakala lelaki kedua pula, dari pakaiaannya yang agak selekeh mungkin tersangkut dalam keadaan keselekehan itu kerana berfikiran kecil!
Ketika saya di Universiti, saya sudah mula melatihkan diri untuk berfikir besar. Ya, berfikir besar adalah satu kebolehan yang boleh dipelajari dan bukan sesuatu yang sedia ada dalam seseorang. Secara tabiat, manusia tidak akan berfikir besar oleh kerana telah lama dan selesa dalam keadaan semasa. Tabiat manusia juga adalah sukar untuk diubahkan. Begitu juga minda dan fikiran manusia yang tidak suka diubah. Sekiranya “frekuensi” pemikiran seseorang itu suka berfikir kecil, maka, itulah keadaan yang sering difikirkan dan sukar diubah.


Sekiranya pula “frekuensi” pemikiran seseorang itu adalah besar, maka, dia akan sering berfikir yang besar-besar sahaja. Tahukah anda Donald Trump pernah kerugian dan berhutang US1billion? Ya, satu ketika dulu beliau hampir hilang segala-galanya (dan berhutang lagi!), tetapi, oleh kerana “frekuensi” pemikirannya yang besar membolehkannya memusingkan keadaan sehingga beliau memperolehi berbillion-billion kembali!
Ianya adalah agak bahaya sekiranya kita sering fikir kecil dan tidak pernah berfikir besar. Kalau fikir besar pun, biasanya sebesar mana yang kita yakin akan tercapai dengan mudah sahaja- dan tidak lebih daripada itu. Itulah keadaannya frekuensi berfikir kecil.
Manakala sekiranya kita keluar daripada keselesaan kita, kita fikir besar lebih jauh daripada apa yang kita boleh capai. Lebih hebat daripada apa yang kita inginkan dan lebih sukar daripada apa yang kita sering lakukan, maka, kita dapat melatihkan minda kita untuk berfikir dalam frekuensi fikiran besar.
Di sini saya ingin berikan sedikit latihan kepada anda:

Apakah matlamat anda yang paling besar yang anda boleh fikirkan, di mana anda yakin anda tidak akan gagal. Berhenti sebentar dan fikirkan soalan ini sebelum meneruskan bacaan...
“Apakah matlamat anda yang paling besar yang anda boleh fikirkan, di mana anda yakin anda tidak akan gagal.”
Jawapan yang anda miliki itu belum lagi berfikir besar. Dengan jawapan yang anda ada dalam fikiran anda, gandakan pencapaian matlamat itu 10 kali ganda lagi! Kini, itulah titik permulaan anda!
Tidak kira betapa jauhnya atau besarnya matlamat tersebut, fikir kan matlamat itu setiap hari mulai hari ini. Tidak kira betapa “kelakar”nya bunyinya kepada anda, berikan sedikit peluang untuk minda anda untuk melatihkan diri untuk berfikir dalam frekuensi fikiran besar.
Istilah mat salleh berbunyi, “Aim for the stars, if you miss, you will still reach the moon!”. Biarkan fikiran anda bebas berfikir besar sebesar-besarnya oleh kerana sekiranya ianya tidak capai pun, masih lagi tidak mengapa kerana, anda telah memberi peluang kepada diri anda meletakkan satu standard yang jauh lebih tinggi. Apa sahaja pencapaian sudah pastinya membanggakan. Itulah kehebatan berfikir dalam frekuensi fikiran besar!

*****************

Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment